Jalaluddin hassan biography of william


Jalaluddin Hassan

Dato'Jalaluddin binTan SriDato'HajiHassan (lahir 18 Februari 1954) merupakan seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau terkenal sebagai hos Who Wants to Be a Millionaire?, malah teg nama iaitu "Anda pasti" dan "Jawapan Muktamad" semasa menjadi hos rancangan ini menjadi siulan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J) yang membawa gelaran "Dato'" oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman sempena hari keputeraan baginda.[1]

Beliau telah menerima pelbagai anugerah sepanjang menjadi seorang pengacara dan pelakon selama hampir 3 dekad melibatkan diri dalam indusri hiburan. Antaranya ialah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Jejak Perantau, Pelakon Drama Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 3 tahun, Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2003 melalui drama Tarantula dan pada tahun 2009 menerima Anugerah Seni Negara - (Seni Teater-Pelakon).[2] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1954 di Setapak, Kuala Lumpur (ketika itu di Selangor) dan merupakan anak ketiga Tan Sri Haji Hassan Azhari (1928–2018),[4] seorang sarjana agama yang mempunyai program khusus mengajar Al-Qur'an di Radio Televisyen Malaysia dari tahun 1960 hingga 2000.[5] Beliau merupakan adik kepada Tan Sri Musa Hassan,[6] bekas Ketua Polis Negara di Polis Diraja Malaysia, dan Dato' Fuad Hassan (1952-2014),[7][8][9][10] bekas ADUN Ulu Klang dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kementerian Penerangan.[11] Beliau berketurunan MelayuBanjar.[12]

Kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya lakonan Dato' Jalaluddin bermula pada 1990 menerusi telefilem Bukan Impian yang turut dibintangi oleh Rozie Rashid dan Mubarak Majid, ketika itu beliau berusia 36 tahun. Empat tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Husin dalam filem arahan Ahmad FauzeePanggilan Pulau, pembikinan semula daripada filem 1954 dengan tajuk sama arahan S. Ramanathan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Setahun kemudian, Jalaluddin menjayakan peranan Hang Tuah dalam filem cereka sains XX Ray II arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 25 November 1995.

Jalaluddin merupakan antara salah seorang barisan pelakon drama lipur lara Idaman, bersama Deanna Yusoff, Norazah Aziz, Hamidah Wahab, Sean Ghazi, Dian P. Ramlee dan Kartina Aziz. Drama ini diiktiraf sebagai drama Melayu paling terpanjang di dunia, disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[13][14]

Antara 2000 dan 2002, Jalaluddin mengacarakan rancangan kuiz Who Wants to Be a Millionaire? versi Malaysia, yang bersiaran di ntv7.[15] Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[16]

Satu-satunya filem lakonan Jalaluddin pada 2006 ialah filem cereka sains komedi, Cicak-Man arahan Yusry KRU lakonan Saiful Apek yang ditayangkan pada 7 Disember 2006. Jalauddin memegang watak sebagai Ramlan, Presiden Metrofulus. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya, Cicakman 2 - Planet Hitam (2008).

Antara 2008 dan 2013, Jalaluddin memegang watak Supritenden Razif dalam siri drama polis trafik, Roda-Roda Kuala Lumpur terbitan Skop Productions yang disiarkan di TV2. Lima tahun kemudian, beliau memegang watak Dato’ Hashim, tokoh korporat berjaya yang juga bapa kepada Zack lakonan Syamsul Yusof dan Daniel lakonan Syafiq Yusof dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul.[17] Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Razak Ahmad, Kamal Adli, Julia Ziegler, Radhi Khalid dan Najwa P. Ramlee beraksi di pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[18][19]

Pada 2016, beliau menjayakan peranan King dalam filem aksi komedi, Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy lakonan kumpulan Zero.[20] Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Hassan, bapa kepada Aiman lakonan Syamsul Yusof dalam filem cereka sains, Desolasi arahan Syafiq Yusof, ditayangkan pada 8 Disember 2016.[21][22][23]

Kembali bekerja dengan Kabir Bhatia selepas kali terakhir muncul dalam filem Setem (2009), Jalaluddin membintangi filem biografi sejarah Pulang, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah; beliau memegang watak Omar pada usia 50an. Filem ini diilhamkan dari satu kisah benar peristiwa yang pernah berlaku pada 1940an, ia ditayangkan 26 Julai 2018.[24]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Dato' Jalaluddin berkahwin sebanyak 3 kali. Beliau berkahwin dengan Datin Hashimah Haji Aksan pada 1977 dan dikurniakan 8 anak dan 14 cucu, Datin Hashimah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pembedahan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).[25][26][27] Datuk Jalaluddin pernah berkahwin kali kedua bersama Ridani Ghani pada 2 Februari 1997, namun perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama.

Pada 12 November 2017, selepas sekian lama berkenalan menerusi Facebook,[28] beliau mendirikan rumahtangga buat kali ketiga bersama wanita pilihannya Rapidah Abd Ghani dengan sekali lafaz.[29] Rapidah mempunyai empat anak dari perkahwinan terdahulu.[29][30][31][32]

Pada Oktober 2015, Jalaluddin menafikan mengenai berita bahawa beliau telah meninggal dunia seperti yang tersebar di laman media sosial. Dalam temuramah bersama Berita Harian Singapura, Jalaluddin berkata pada mulanya beliau tidak ambil pusing mengenai khabar angin itu.[33] Pada Oktober 2017, beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sesak nafas, Jalaluddin ketika itu baru sahaja menjayakan rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.[34]

Pada 2011, Datuk Jalaluddin tampil membuat penjelasan berhubung penyebaran berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, Tan Sri Musa Hassan. Berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan beliau dan keluarga terkejut besar dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang memalukan.[35][36]

Bapa beliau, Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada 6 Oktober 2018 akibat kanser limfoma.[37] Datuk Jalaluddin mendedahkan keputusan untuk menceburi bidang seni pernah ditentang bapanya: “Arwah pernah tentang minat (dalam bidang seni). Tentangan daripada arwah adalah kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Namun, lama-kelamaan arwah merestui minat saya selepas melihat kesungguhan saya dalam bidang seni."[38]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Filem

[sunting | sunting sumber]

Drama

[sunting | sunting sumber]

Telefilem

[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1987 Drama Minggu Ini: Abang Tuah Dimana Tuan Hamba?TV1
1990 Bukan ImpianBahrin
BingongHarun VHS
1994 PulauAlang Seman TV3
Pengantin Popular
1995 Diufuk Kasih
PercintaanTV1
1996 Miang Tak JadiAbang Syukur TV3
1996 Orang Gaji
1997 Bunga-Bunga Retakdi samping Uji Rashid
1999 Minah Meenachi
2000 Misteri Bulan MaduAzman VCD
IntanTV3
2001 Laman MautPengacara VCD Pelakon undangan
Neurose DwiPakcik Omar
2002 Aku KayaTuan Ramli Pelakon undangan
Tesis
TarantulaTV3
Pondok BurukJohan Astro Ria
2003 Aisah Lima Puluh SenPerogol Pelakon undangan
Pondok Buruk 2Johan
NeonDSP Kamal VCD Penampilan khas
Skuad Elit
Orang KasarDatuk Dahlan di samping Uji Rashid sebagai Datin
Airmata Ibu
Leman Nak Pergi Jerman
Rohaya Roy
Aduhai EsahTV3
Diari DewiVCD
Seputih Salju Sebening Kasih
2004 Skandal Glamour
Tanah KuburDatuk Zarul Astro Ria
2009 Coklat Riben BiruTV2Pelakon undangan
2010 Taubat NasuhaHj Osman TV3
Cinta AkhbarTok Majid TV9
2011 Pusing BerayaPak Kassim TV3
2012 Anak Pak HussienHassan TV1Penampilan khas
Syawal Aidil & FitriTV AlHijrah
2013 Bulan Tiada MaduProf. Jalal TV9
2015 Aku Benci RayaAstro Ria
Walau Siapa Pun AkuDatuk Suffian TV2
2016 Dendam MarisaTuan Omar TV3
Makbul Sekertil DoaAnuar TV2
2017 Azam Yang Terlampau
Musafir LaluAhmad TV9
KismetTV3Penampilan khas
Dosa TerlindungDatuk Nadzri
Sandal & SerbanAstro Oasis
Siapa Tak Sayang LakiTV2
2018 Tok SamadTok Samad TV9
GenesisDatuk Bakhtiar TV3
2021 Kembar KeliruDatuk Shah Awesome TV
2022 Tanah Kubur: Fitnah Akhir ZamanPak Shuib Astro Citra
Semua Tentang KitaTV3
Sejenis Raya SenariounionAstro Warna
2023 Quran Pondok BurukJohan Astro Ria
2024 Pinggan Retak Di Tapak TanganPak Brahim

Televisyen

[sunting | sunting sumber]

Siniar

[sunting | sunting sumber]

Teater

[sunting | sunting sumber]

Iklan

[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2005 Jasmin Super 5
2008 MayFirstMenampilkan Dato' AC Mizal
2016 V'Asia TVC Platinium Drink 2016
2020 Watsons Beraya 2020 - Jauh Di Mata, Tetap Beraya
2024 Iklan Merdeka Kinohimitsu 2024 - Sarjan

Videografi

[sunting | sunting sumber]

Muzik video

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan penghargaan

[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.) - Dato' (2007)

Anugerah kesenian

[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1994-97 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1994-97 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
1995 Festival Filem Malaysia ke-12Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
2003 Anugerah Seri Angkasa 2003 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2003Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
2009 Anugerah Seni Negara Seni Teater-Pelakon Menang
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik Tercalon

Rujukan

[sunting | sunting sumber]

  1. ^Ben Yuen Hui, Ng Si Hooi dan R. Aravinthan (4 Oktober 2016). "Jalaluddin still going strong 20 years on". The Star (Malaysia). Dicapai pada 22 Mei 2018.
  2. ^Wawann Mohd (3 Oktober 2016). "Restu, nasihat keluarga jadi azimat Datuk Jalauddin". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  3. ^Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  4. ^Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal duniaDiarkibkan 2018-10-07 di Wayback MachineUtusan Malaysia (6 Oktober 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  5. ^"Keluarga besar Jalaluddin Hassan". Utusan Malaysia. 23 Disember 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 9 October 2015.
  6. ^"Kenangan-kenangan Musa dan Jalaluddin Hassan..." Agenda Daily. 9 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 9 October 2015.
  7. ^Mohd Al-Qayum Azizi (8 Disember 2014). ""Tiada Lagi Tempat Saya Mengadu" - Jalaluddin Hassan". mSTAR Online. Dicapai pada 9 October 2015.
  8. ^"KP JASA, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Malaysiakini. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
  9. ^"KP Jasa, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
  10. ^"Jasa D-G Fuad Hassan dies". The Star Online. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
  11. ^"Jasa D-G Fuad Hassan dies". The Star. 8 December 2014. Dicapai pada 9 February 2017.
  12. ^Hasan Zainuddin (28 October 2014). "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru" (dalam bahasa Indonesian). ANTARA News. Dicapai pada 9 October 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^"Idaman 156 episod di Astro". Utusan Malaysia. 23 Januari 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  14. ^Kennneth Chaw (2 Julai 2015). "Idaman, a TV producer's dream soap opera". Star2.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  15. ^"Jalaluddin Hassan akui 'nakal' tapi tak pernah madukan isteri". The Malay Mail. 27 November 2016. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  16. ^"Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  17. ^Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop ProductionsDiarkibkan 2017-12-09 di Wayback MachineSinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  18. ^Othman, Kemalia. "'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPTDiarkibkan 2018-06-29 di Wayback Machine." MStar Online. Saturday 2 March 2013.
  19. ^"Asmara Songsang". Utusan Malaysia. 6 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 19 April 2018.
  20. ^Budiey (3 Mac 2016). "Filem LU MAFIA GUA GANGSTER Bukan Komedi Biasa". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2016.
  21. ^Syanty Octavia Amry (7 Disember 2016). "Minda celaru mencari jawapan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-07. Dicapai pada 7 Januari 2017.
  22. ^"Mind-boggling Desolasi takes local CGI films staggering new heights". New Straits Times. 9 Disember 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  23. ^Budiey (29 November 2016). "Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem DESOLASI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  24. ^Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatanBerita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  25. ^"Actor Jalaluddin Hassan's wife dies". The Malay Mail. 5 November 2016. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  26. ^Mohd Aizat Shamsuddin (5 November 2016). "Isteri Jalaluddin Hassan meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  27. ^Actor Jalaluddin Hassan’s wife dies after heart surgery complicationsAstro Awani (5 November 2016). Diperoleh pada 1 Januari 2017.
  28. ^"Setahun membujang, Jalaluddin bakal nikah kenalan di Facebook". Astro Awani. 10 Oktober 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  29. ^ abNorhidayyu Zainal (12 November 2017). "Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kali ketiga". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  30. ^Norhidayyu Zainal (14 November 2017). "Syukur ditemukan jodoh: Jalaluddin". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  31. ^Aref Omar (10 November 2017). "(Showbiz) Wife-to-be to get massage of a lifetime from actor Jalaluddin Hassan". New Straits Times. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  32. ^Mohd Haikal Isa (14 November 2017). "Cinta kedua Jalaluddin Hassan". Kosmo!. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  33. ^"Pelakon Jalaluddin Hassan kecewa mengenai khabar angin beliau meninggal dunia". Berita Harian Singapura. 5 Oktober 2015. Dicapai pada 20 April 2018.
  34. ^Bibi Nurshuhada Ramli (2 Oktober 2017). "(Showbiz) Actor Jalaluddin Hassan rushed to hospital following shortness of breath". New Straits Times. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  35. ^"Memalukan keluarga!". Sinar Harian. 4 Disember 2011. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  36. ^"Jalaluddin Hassan Minta Suami Syella Tampil Bersihkan Nama Abang". Rotikaya. 6 Disember 2011. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  37. ^Kemalia Othman (6 Oktober 2018). "Bapa Jalaluddin Hassan meninggal dunia". mSTAR Online. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  38. ^Khairul Azran Hussin (7 Oktober 2018). "Bapa pernah tentang minat saya: Jalaluddin". Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]